BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 6 December 2011

Pengertian taubat


Taubat yg berasal Dari perkataan Arab,iaitu taubah, bererti kembali atau berbalik.
Pengertian taubat ialah berbalik Dari perbuatan buruk Dan maksiat terhadap Allah, kpada Jln yg Benar Dan taat parintah-perintahnya. Perkataan ta'ib bererti org yg bertaubat.juga bererti yg memberi taubat Dan pengampun, iaitu Allah s.w.t.oleh kerana Allah s.w.t seringkali Dan banyak memberi taubat, maka ia Dinamakan juga at-tawwaab, yg bermaksud: ia yg membuka Jln bagi hamba-hambanya untuk bertaubat, yg sekali-Kali disuruhnya untuk berjaga-jaga, berhati-hati Dan pada lain Kali diberinya kelonggaran waktu kepada mereka untuk mereka ingat Dan sedar Serta bertaubat.

Ada beberapa ulama yg membeza pendapat antara taubat, inabah Dan aubah.
Seseorang yg berbalik Dari perbuatan pelanggaran, kerana takut akan seksaan Allah dinamakan ta'ib, iaitu org yg bertaubat.

Dan kalau berbaliknya itu kerana Allah ia mengagumi keagungan Allah, maka ia dinamakan: awwaab.

Imam qusyairi berkata: "taubat itu merupakan langkah mula,taubat merupakan langkah akhir, sedangkan Inabat itu Ada di antara keduanya.

Yg bertaubat kerana takut dihukum dinamakan taib. Yg bertaubat kerana mengharapkan pahala dinamakan munib Dan yg bertaubat kerana hendak memelihara hubungan baik bukan kerana takut Dan bukan kerana mengharap pahala dinamakan awwaab.

Taubat dapat di ertikan juga penyesalan Atas perbuatan yg lampau Dan memperbaiki Amal perbuatan setelah itu. Dapat juga diertikan mengganti perbuatan atau sifat yg tidak baik dengan Amal soleh Serta perangai yg terpuji.


                                                 

Friday 2 December 2011

"barang siapa yg membantu agama allah, maka pasti allah akan membantunya" benar janji allah

"katakanla (wahai muhammad), "jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda kamu yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu bimbang akn merosot dan rumah-rumah tempat tinggal kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yg kamu cintai lbih daripada allah dan rasul dan daripada berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga allah mendatangkan keputusannya (azab siksanya), keranaallah tidak akan memberi petunjuk kepada org2 yg fasik (derhaka)"

ayat itu yg memberikan sy kekuatan supaya keluar ke jalan allah. allah tidak berhajat kepada makhluk, bahkan makhluk lah yg berhajat kepada allah. segalanya mengharap kepada allah. betapa hebatnya kuasa allah. allah menciptakan matahari, bulan dan planet2 yg beredar pada orbitnya. allah menciptakan cahaya, allah menciptakan manusia, haiwan, bumi dan allah adalah pencipta segala-galanya di alam ini..

allah pentadbir alam ini, allah yg meninggikan langit, allah jugalah yg menurukan hujan, allah jugalah yg menghidupkan sesuatu yg mati dan mematikan sesuatu yg hidup. allah berhak memberi kemuliaan kpda sesiapa yg allah mahu, dan menghinakan kpda sesiapa yg allah kehendaki, segala-galanya dlm pengetahuannya. allah pnguasa dan sumber kekuatan yg tdak hbis, allah tuhan yg esa, tiada yg lain selain allah.
dia allah yg memberikan kita rezeki, memberi kita kebahagiaan, harta, pangkat kedudukan, kekayaan dan apa-apa sahaja yg kita hajati. rahmat allah melimpah ruah setiap seluruh alam. allah sentiasa menanti hambanya untuk kembali kepada allah..

allah tuhanku juga tuhanmu, tidak ada tuhan selain allah. allah yg mngatur sejarah dunia, sejarah kehidupanku juga dalam pengetahuannya, nasibku,ajalku juga dia lah yg mngetahui.dialah yg juga mmberikan ku kefahaman agama. dialah allah yg memberiku hidayah. dialah juga yg mngubah kehidupanku daripda jahil kpda yg baik. dialah pemberi rezekiku, ketika aku kelaparan allah yg memberikn ku makanan, ketika aku skit dialah yg mnyembuhkn ku..

ketika aku tidak ada apa-apa allah la yg memberikan kpadaku, ketika aku sedih, allah la penemanku, ketika aku rindu , allah juga tmpat aku mngadu rinduku, ketika aku keseorangan allah ada disisiku. ketika ku berdoa, allah berada dekat disisku, ketika aku solat allah ada dihadapanku , memandang wajahku. ketika aku bodoh, allah yg mngajarku. ketika aku sesat allah petunjuk jalanku, ketika aku lemah tidak berdaya, allah yg memberikan ku kekuatan. ketika aku kecewa dengan dunia, allah la yg setia mndengar pengaduanku..

TETAPI KENAPA SERINGKALI SAJA KITA, LALAI DALAM MENTAATINTA??

allah tidak meminta apa-apa daripada kita, cuma kita perlu taat kepada allah sebagai hambanya dan dengan balasan syurga yg kekal selamanya. kita kena sedar yg kita nie cuma hamba tetapi allah sangat sayang kepada kita. buktinya lihatla apa yg ada di sekeliling kita. lihatla tubuh badan kita yg dicipatakan dlm keadaan sempurna. lihatlah alam, lihatlah langit, lihatlah bagaimana allah menundukkan bumi ini untuk berkhidmat buat manusia.

"dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezeki dari yg baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yg sempurna atas kebanyakan makhluk yg telah kami ciptakan" al israa':70

                                   

Thursday 1 December 2011

kisah seorang mualaf

Ia adalah kisah tentang seorang lelaki bernama Muhammad Abdullah atau Smith yang telah convert ke Islam daripada Kristian. Cerita ini disampaikan oleh Mohamad A Joban , Imam di Masjid Ar-Rahmah di Washington, USA.

Smith berasal dari Chicago, dan berpindah ke Olympia lebih kurang 17 tahun yang lalu. Dia selalu memakai kopiah putih sejak menjadi seorang Muslim.


Pada tahun 1996 , ibunya telah jatuh sakit di Chicago. Ketika dia tiba di rumah ibunya, ia membuka pintu dan ibunya berkata,

Si Ibu:Adakah anda Smith?

Smith@muhammad Abdullah: Tidak ibu, Nama saya sekarang adalah Muhammad Abdullah.

Ibu :Adakah anda Muslim?

Smith@muhammad Abdullah:Ya


Ibunya menjadi sangat marah , dan menanyakan mengapa ia mengikuti agama pengganas, kekerasan, dll Ibunya turut mengatakan macam-macam tentang betapa buruknya agama Islam. Muhammad Abdullah memahami bahawa ibunya telah dicuci otak oleh media.


Jadi, selama dia tinggal bersama... selama dua minggu, ia tidak pernah berbicara tentang Islam. Dia hanya menunjukkan dia Islam melalui tindakannya. Dia memasak, membersihkan rumah, membawa ubat-ubatan, dan menemani ibunya sebelum dia pergi tidur. Ringkasannya, dia memberikan layanan yang baik dan mengambil berat, dengan kebaikan. Ketika tiba waktunya untuk berdoa, dia meminta izin dan berdoa di sisi ibunya.

Ibu: Smith, datang ke sini .....Tahukah anda bahawa ketika anda masih kecil, ayahmu sering membawa anda ke gereja? Tetapi gereja tidak pernah berubah gaya hidup anda. Bila anda menjadi seorang remaja, anda gunakan untuk pulang ke rumah mabuk-mabuk , dan memanggil nama saya dengan kurang ajar. Tapi sekarang anda benar-benar berubah. Anda terbang dari Olympia datang ke sini, melintasi ribuan kilometer, sementara kakak anda dan abang anda, yang tinggal di bandar ini, hanya menghantar bunga padaku dan memanggil saya melalui telefon. Selain itu, anda selalu membuat saya senang selama dua minggu.



Smith@Muhammad Abdullah: Ibu, ini adalah Islam. Adakah anda tahu bahawa setelah Allah SWT meminta saya untuk menyembah Dia, Dia SWT akan meminta saya untuk bersikap baik kepada anda?

(17:23). Dan Nabi Muhammad saw (saw) mengatakan bahawa jika saya menyenangkan
Allah, dan aku tidak menyenangkan anda, saya tidak akan boleh masuk syurga. Pesuruh
Allah, Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa syurga berada di bawah kaki ibumu.

Ibu: Smith! Apa yang harus saya lakukan jika saya ingin menjadi seperti anda?

Smith@Muhammad Abdullah :Adakah anda yakin Ibu? Kau kata sebelum ini bahawa ini adalah agama pengganas.

Ibu: Ya, saya yakin, kerana itu mengubah hidup anda. Ini mengubah keperibadian anda dan perilaku anda.


Ibunya meninggal 3 tahun selepas itu dan Muhammad Abdullah Smith juga telah meninggal dunia pada 12 Mac 2008 .Ibunya menjadi seorang muslimah kerana perbuatan baik dan perilaku anaknya.

Semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama sekarang di tempat yang indah, amin



Wednesday 30 November 2011

kisah seorang muslimah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana , saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah


                                                     



Tuesday 29 November 2011

"indahnya Islam"



Tajuk blog sy ialah 'indahnya islam'. Seandainya kita mahu jujur pada diri kite sendiri,sampai Saat ini Sudah berapa lama kita menjadi seorang muslim? Sudah berapa bnyak Amal ibadah yg kita kerjakan? Akan tetapi pernahkah kita merasakan kenikmatan dan kemanisan yg hakiki ini sewaktu kita melaksanakan ibadah tersebut? Maka klau hakikat ini belum kita rasa kan, bererti Ada sesuatu yang kurang dalam iman kita, Ada sesuatu yg perlu dikoreksi Dlm keislaman kita. Maka segerakan bagi hamba-hambanya yg beriman Dan taat kepadanya di dunia, sebelum nantinya di akhirat mereka Akan mendapat balasan yg lebih BAIK Dan sempurna....